Kes harian Covid-19 turun lagi, 7,373 kes hari ini

0

Kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan dengan 7,373 kes hari ini, berbanding semalam, 8,743 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kumulatif kes individu yang dijangkiti virus berkenaan kini meliputi 2,339,594 kes.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 7,240 kes berada dalam kategori satu dan dua iaitu tidak bergejala dan bergejala ringan manakala 133 kes (1.8 peratus) adalah pesakit dalam kategori tiga hingga lima.

“Secara keseluruhannya, terdapat 702 kes COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 293 kes memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sehingga jam 12 tengah hari ini terdapat 10,595 kes sembuh yang menjadikan jumlah pesakit pulih sepenuhnya, 2,195,669 kes.

Mengenai lapan kluster baharu hari ini, Tan Sri Dr Noor Hisham, berkata ia membabitkan lima dalam kalangan komuniti manakala masing-masing satu kluster di tempat kerja, kumpulan berisiko tinggi dan keagamaan.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kluster yang masih aktif, 810 kluster.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

Leave a Reply