Kes Covid-19 hari ini sedikit menurun

0

Kes Covid-19 hari ini menunjukkan penurunan selepas 16,073 kes dilaporkan hari ini.

Pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti virus berkenaan kini menghampiri dua juta iaitu 1,995,771 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan di Twitter mengesahkan, tujuh negeri mencatatkan pertambahan kes empat angka dengan Sarawak kekal menjadi negeri tertinggi melaporkan kes COVID-19 iaitu sebanyak 3,522 kes.

Johor merekodkan 2,030 kes baharu, Selangor (1,947), Sabah (1,649), Pulau Pinang (1,243), Kedah (1,191), Kelantan (1,070), Perak (1,011), Pahang (878) dan Terengganu (704).

Ini disusuli dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (398), Melaka (206), Negeri Sembilan (156), Perlis (41), Putrajaya (16) dan Labuan (11). –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply