Kes COVID-19 cecah lebih 10,000

0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia sehingga 16 September telah mencatat lima angka, dengan jumlah 10,031 kes.

Kes aktif melalui kes kebolehjangkitan juga semakin meningkat setiap hari, manakala kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga dilaporkan semakin bertambah.

Berdasarkan data terkini bagi 15 orang pesakit COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU), mendapati tiga pesakit memerlukan bantuan pernafasan, enam pesakit merupakan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

Manakala sembilan pesakit adalah daripada Kluster Sungai, 10 pesakit mempunyai latar belakang penyakit kronik dan 14 pesakit mendapat jangkitan dari dalam negara serta satu pesakit mendapat jangkitan dari luar negara.

Dimaklumkan juga kesemua mangsa adalah warganegara Malaysia.

Dalam pada itu, KKM menggesa orang ramai agar terus mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) dan amalkan kelaziman baharu dalam usaha mencegah penularan COVID-19.

Amalan penjarakan fizikal yang selamat (physical distancing), kerap menjaga kebersihan tangan dengan mencuci tangan dengan air dan sabun serta pemakaian alat pelitup muka (facemask) di tempat awam dan tempat yang sesak perlu diamalkan setiap masa.

Melalui kerjasama semua lapisan dan peringkat masyarakat kita dapat sama-sama memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply