Kes AMLA : Shahrir Samad mengaku tidak bersalah

0

Di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tidak mengisytiharkan pendapatan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Razak.

Mengikut kertas pertuduhan, Tan Sri Shahrir dikatakan gagal mengisytihar pendapatan itu melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad berjumlah RM1 juta pada 27 November 2013.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-dua sekali.

Hakim Mahkamah Sesyen memerintahkan Tan Sri Shahrir membayar wang jaminan sebanyak RM350,000 bersama seorang penjamin termasuk menyerahkan pasport kepada mahkamah.

24 Februari ditetapkan sebagai sebutan semula kes.

Leave a Reply