Kereta dilanggar lari, pemuda mohon bantuan netizen cari sipelaku

0

Isu buli di jalan raya sering kali terjadi. Malah terdapat juga segelintir pengguna yang tidak bertanggungjawab dan bersikap lepas tangan.

Sama seperti yang terjadi kepada seorang ‘brother’ kita ini.

Melalui laman Twitternya (@cnnbstnd), dia berkongsi satu video dan memberitahu keretanya dilanggar oleh pengguna jalan raya yang lain.

Menurut rakaman video tersebut dia meminta si pelaku yang melanggar kereta nya berhenti untuk berbincang tetapi pemandu kenderaan jenis Mitshubishi Triton itu enggan memberi kerjasama.

Bagi pemuda yang dikenali sebagai Babushka Boii itu berkata dia ingin menyelesaikan kes yang berlaku dengan cara baik tanpa perlu melibatkan urusan polis. Namun si pelaku yang berbangsa cina itu terus melarikan diri.

Setelah kerjasama yang diminta tidak diendahkan, pemuda itu bertindak untuk membuat laporan polis di balai yang berdekatan. Menurutnya kejadian itu berlaku di sekitar Lebuhraya Sungai Besi.

 

Leave a Reply