Kerajaan Warisan Sabah tumbang?

0

Satu gabungan baharu telah dibentuk bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) dari pelbagai parti.

Dato’ Seri Musa Aman dalam satu kenyataan mendakwa Tuan Yang Terutama turut meminta beliau mengemukakan surat akuan bersumpah yang mengesahkan sokongan mereka dan beliau telah menerima surat akuan bersumpah ADUN yang mengesahkan pendirian mereka menyokong gabungan baharu yang beliau ketuai.

” Melangkah ke hadapan, kerajaan gabungan baru akan berusaha
memperbaiki dan menghasilkan dasar yang lebih baik untuk membawa Sabah keluar dari keadaan ekonomi yang getir pada saat ini akibat kelemahan Kerajaan Parti Warisan termasuk dalam mengatasi penularan wabak Covid19.

“Bersama dengan bantuan kerajaan Persekutuan, saya percaya kita bersama-sama dapat mengatasi cabaran yang berlaku, melonjakkan ekonomi, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan meningkatkan kehidupan masyarakat”, ujar beliau.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang secara konsisten mempercayai dan menyokong beliau dan menurutnya, beliau tidak mengharapkan apa-apa kecuali komitmen dan dedikasi sepenuhnya dari semua wakil rakyat untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Menteri Keselamatan dalam Negeri, Dato Seri Hamzah Zainudin dan Dato Nardin, Setiausaha Politik kepada PM turut membuat Kunjungan Hormat memaklumkan gabungan baharu yang menyokong Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperolehi sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baharu.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply