Kerajaan umum pengurangan kasar tol sebanyak 18 peratus disemua lebuhraya milik PLUS Malaysia Berhad

0

Kerajaan akan melaksanakan pengurangan 18% ke atas kadar tol bagi pengguna kenderaan persendirian di semua lebuhraya milik PLUS Malaysia Berhad bermula seawal 1 Februari 2020.

Antara lebuhraya yang terlibat adalah Lebuhraya Utara Selatan termasuk Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2), Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang (JPP).

Apabila ia dilaksanakan, kadar tol baharu ini dipercayai lebih rendah daripada kadar tol pada tahun 1999 iaitu 11.24 sen/km.

Sebagai contoh, kadar tol di Lebuhraya Utara Selatan akan berkurang daripada 13.6 sen/km kepada 11.15 sen/km.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, sejajar dengan keputusan ini tempoh konsesi untuk semua lebuhraya PLUS akan dilanjutkan selama 20 tahun dari 2038 ke 2058.

Ini bagi memastikan PLUS mampu menjalankan kegiatan penyelenggaraan dan operasi lebuhraya mereka tanpa bergantung kepada kerajaan.

Malah kerajaan juga tidak akan membayar sebarang pampasan kepada PLUS berikutan pengurangan kadar tol tersebut.

Sepanjang tempoh konsesi tersebut dijangka kerajaan bakal mendapat penjimatan yang dianggarkan sebanyak RM42 billion.

Penjimatan itu dimana ia boleh digunakan untuk inisiatif-inisiatif yang menguntungkan rakyat.”

Sementara itu, PLUS akan kekal sebagai pengendali dan memegang aset dan liabiliti syarikat serta mengurus pembiayaan kos operasi dan penyelenggaraan.

Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) kekal sebagai pemegang saham PLUS.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kajian lebih setahun dan pertimbangan menyeluruh pelbagai pihak termasuk Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kewangan dan Kementerian Hal-Ehwal Ekonomi.

Jemaah Menteri telah menyemak dan menimbang pelbagai cadangan yang telah dikemukakan, agar dapat memutuskan keputusan terbaik untuk semua pihak, terutamanya rakyat.

Kerajaan yakin keputusan ini akan memberi manfaat yang banyak kepada rakyat melalui pengurangan beban kadar tol, dan dalam masa yang sama membolehkan PLUS untuk terus beroperasi dengan kedudukan kewangan yang baik. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply