Kerajaan tidak menyatakan akan mengiktiraf UEC – Perdana Menteri

0

Perdana Menteri dalam siaran media hari ini menjelaskan beliau tidak menyatakan kerajaan akan mengiktiraf sijil Unified Examination Certificate (UEC).

Beliau berkata UEC telah mendapat pengiktirafan sebahagian (partial recognition) di dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) pada tahun 2012.

“Kerajaan pada masa lalu telah menerima lepasan UEC untuk mengikuti program PISMP dalam bidang pengkhususan Bahasa Cina dengan syarat lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan memperolehi sekurang-kurangnya gred kepujian dalam Bahasa Melayu.

“UEC perlu mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan sekiranya mahu dipertimbangkan penyelesaianya oleh kerajaan pada masa hadapan,” jelas beliau.

Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri mengenai Isu Pengiktirafan UEC

Dikirim oleh Muhyiddin Yassin pada Sabtu, 18 Juli 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply