Kerajaan sedia rumah transit petugas kesihatan dari luar kawasan Putrajaya

0

Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri(JPM) bersetuju menyediakan penginapan sementara (rumah transit) kepada petugas-petugas kesihatan yang terlibat dalam pengurusan COVID-19 dari luar kawasan Putrajaya.

Penyediaan rumah transit berkenaan bertujuan meringankan beban dan memberi kemudahan kepada petugas-petugas yang terlibat dalam pengurusan COVID-19 dari luar kawasan Putrajaya untuk menginap di situ atas persetujuan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Majlis Penyerahan Kunci Rumah Transit di Presint 11 disempurnakan oleh Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Rahimi Ismail kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya pada tengah hari tadi.

Semoga usaha dan sumbangan BPH dapat membantu para petugas barisan hadapan (frontliners) KKM dalam melaksanakan tugasan mereka demi rakyat dan negara.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2839588979468591&id=463149510445895?sfnsn=mo

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

Leave a Reply