Kerajaan sedang dapatkan kebenaran dari Kerajaan China untuk bawa pulang 78 rakyat Malaysia di Wuhan

0

PUTRAJAYA 29 Jan : Kerajaan bersedia membawa pulang 78 rakyat Malaysia yang kini berada di Wuhan, China dalam tempoh segera.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Kementerian Luar sedang mendapatkan kebenaran daripada kerajaan China untuk membenarkan Malaysia membawa pulang rakyat negara ini yang masih berada di wilayah dilanda wabak coronavirus atau 2019-nCoV.

“Mereka sekarang tidak boleh keluar dari Wuhan, tetapi kita ingin berbincang dengan kerajaan China supaya rakyat kita yang tidak dijangkiti boleh pulang ke Malaysia dengan pesawat khas,” katanya dalam satu sidang media khas selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet, di sini, sebentar tadi.

Malaysia sedia bawa pulang 78 rakyat kita di Wuhan. –THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

 

Leave a Reply