Kerajaan PN utamakan nyawa, kehidupan rakyat

0

Pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) komited mengambil langkah berani dan proaktif dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan memperkenalkan pelbagai pakej rangsangan ekonomi bernilai RM305 bilion dalam usaha melindungi nyawa dan kehidupan rakyat sejak setahun lalu.

Memetik ucapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin yang disiarkan secara langsung menerusi media dan media sosial rasmi kerajaan hari ini, langkah itu diambil bagi membendung penularan COVID-19 dan pada masa sama meringankan beban rakyat serta memastikan kelangsungan perniagaan.

“Alhamdulillah, dengan sokongan barisan hadapan, penjawat awam, pasukan keselamatan, sektor swasta dan masyarakat umum, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan telah membuahkan hasil yang positif,” ujar beliau.

Menurutnya, negara ketika ini berdepan dengan tiga gelombang jangkitan COVID-19.

“Kita berjaya melandaikan lengkuk jangkitan gelombang pertama, membendung gelombang kedua dan pada masa ini kes harian dalam gelombang ketiga COVID-19 menunjukkan aliran penurunan.

“Sistem kesihatan negara kita juga bukan sahaja terus mampu bertahan, malah semakin efektif dalam merawat pesakit COVID-19 dan kadar kematian di Malaysia adalah antara yang terendah di dunia iaitu di bawah 0.4 peratus dengan lebih 90 peratus daripada yang dijangkiti disahkan pulih sepenuhnya,” ujar beliau.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply