Kerajaan PN berprinsip, terus melangkah demi rakyat – Pemuda PN

0

Pemuda PN memuji ketegasan dan prinsip Perdana Menteri menghormati kedaulatan Undang-Undang dengan tidak melayan desakan supaya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah.

Sebaliknya kata Ketua Pemuda PN, Senator Khairil Nizam Khirudin, Pemuda PN mengecam tindakan 8 ahli parlimen dan pihak pembangkang yang cuba mengganggu-gugat kestabilan politik.

“Pemuda Perikatan Nasional memuji ketegasan dan prinsip YAB Perdana Menteri menghormati kedaulatan Undang-Undang dengan tidak melayan desakan supaya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah

“Pemuda Perikatan Nasional mengecam tindakan 8 ahli parlimen dan pihak pembangkang yang cuba mengganggu-gugat kestabilan politik tatkala kerajaan dan para frontliner sedang bertungkus-lumus berperang melawan Covid-19”, katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaya Post.

Dalam pada itu, Pemuda PN merafak sembah menjunjung kasih di atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin menentukan keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri di Parlimen.

Tegasnya Pemuda PN berdiri teguh dan berkeyakinan penuh bahawa YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai majoriti selesa untuk terus mentadbir, membawa kita semua keluar dari krisis ini melalui Pelan Pemulihan Negara yang sedang berjalan lancar.

Ini kerana Pemuda PN sentiasa berpegang pada konsep Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), dan akan meneruskan politik khidmat bakti pada rakyat. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply