Kerajaan peruntuk RM100 juta bagi pembiayaan syarikat pemula yang terjejas akibat COVID-19

0

Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengadakan perbincangan bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin.

Menurut beliau, dalam usaha menyokong ekosistem inovasi dan membantu ‘technology start-ups’ yang terjejas akibat wabak COVID-19, pihak kerajaan menerusi Kementerian Kewangan (MOF) telah bersetuju memperuntukkan RM100 juta bagi program pembiayaan Technology Start-up Funding Relief Facility (TSFRF).

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=134065934909828&id=102339531415802?sfnsn=mo

“TSFRF akan dilaksanakan oleh Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV), iaitu agensi di bawah MOSTI bermula 15 Mei.

Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui laman web : www.mdv.com.my

“Menurut Jabatan Perangkaan Negara, ekonomi digital menyumbang lebih kurang 18.5% (atau RM267 bilion) kepada KDNK pada tahun 2018”, kongsi beliau.

Untuk rekod, ekosistem technology start-ups telah menyumbang lebih kurang RM3.4 bilion kepada KDNK antara tahun 2008-2016,

Menjelang tahun 2030, ia dijangka mencapai RM30.8 bilion dan ini menunjukkan betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh start-up teknologi dalam pembangunan jangka masa panjang negara.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply