Kerajaan Pahang beri insentif khas kepada pasangan yang berkahwin buat kali pertama

0

Bermula Januari 2020, kerajaan negeri Pahang akan memberi insentif khas RM200 kepada pasangan yang berkahwin buat kali pertama.

Memetik laporan Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP), sebanyak RM2.8 juta diperuntukkan kepada rakyat tertakluk kepada syarat-syarat dan garis panduan yang ditentukan.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, insentif khas RM200 ini akan diberikan kepada setiap pengantin lelaki yang berpendapatan RM5,000 dan ke bawah.

“Bayaran insentif khas ini adalah bagi pasangan pengantin lelaki yang merupakan rakyat Pahang, dan berpendapatan RM5,000 ke bawah.

“Insentif ini dijangka memberi manfaat kepada hampir 14,000 pasangan di negeri ini,” katanya.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy menjelaskan bahawa projek khas ini adalah berdasarkan keadaan kewangan negeri Pahang yang bertambah baik hasil pada tahun lepas. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply