Kerajaan nafi dibelakang pendedahan akuan bersumpah Azilah

0

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed menafikan bahawa beliau adalah VVIP yang didakwa bertemu dengan Bekas Anggota Unit Tindakan Khas Polis Diraja Malaysia, Azilah Hadri Febuari lalu.

Kenyataan itu dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri petang ini.

Ia susulan daripada reaksi Tun Dr Mahathir yang hanya menggeleng kepala apabila ditanya wartawan semalam.

Sementara itu, Tun Dr Mahathir turut menafikan pembabitan kerajaan dalam pendedahan Azilah Hadri berhubung Dato’ Seri Mohd Najib Razak juga terbabit dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Memandangkan ia membabit proses undang-undang, kerajaan akan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan tindakan seterusnya.

Leave a Reply