Kerajaan benarkan aktiviti ekonomi beroperasi dengan mengikut SOP PKPB

0

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan kerajaan bersedia memulakan pendekatan ketiga iaitu menjana semula struktur ekonomi secara terkawal dan teratur.

“Kerajaan memutuskan untuk membuka semula aktiviti ekonomi di seluruh negara secara terkawal dengan mengikut SOP didalam terma Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Sebahagian besar daripada aktiviti ekonomi dan sosial akan dibenarkan kecuali beberapa aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai dan mendedahkan orang awam terhadap risiko jangkitan wabak COVID-19.

“Sepanjang tempoh pelaksanaan PKP pertumbuhan ekonomi semakin merosot sehingga negara mengalami kerugian sekitar RM2.4 juta setiap hari,” ucap beliau ketika perutusan khas pagi tadi.

Beliau berkata, sejak 18 Mac sehingga kini jumlah kerugian dianggarkan sekitar RM63 juta dan sekiranya PKP berterusan untuk tempoh sebulan kedepan negara akan kerugian sebanyak RM35 juta dan ini akan menjadikan jumlah keseluruhan kerugian kira-kira RM98 juta.

“Justeru mengambil kira sumber pendapatan dan mengimbangi keperluan untuk memulihkan ekonomi negara, Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju membuka semula beberapa sektor ekonomi dengan menguatkuasakan SOP kesihatan yang ketat,” ujar beliau.

Teks Perutusan Khas YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin. #DudukRumah #stayathome

Dikirim oleh Muhyiddin Yassin pada Kamis, 30 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply