Kerajaan benar pusat hiburan keluarga dibuka semula

0

Kerajaan hari ini membenarkan pembukaan semula pusat hiburan keluarga setelah mengambil kira lebih 3000 tenaga kerja yang terlibat serta sumbangan RM500 juta kepada pendapatan negara.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Yaakob berkata kelulusan yang dibuat adalah melibatkan Arked Permainan, Taman Funfair Indoor, Hiburan Pendidikan (edutainment), Gym Permainan Kanak-Kanak.

“Selain daripada itu, pusat hiburan permainan berasaskan peralatan mesin dan hiburan teknologi serta pusat karaoke keluarga turut dibenarkan beroperasi.

“Walaubagaimanapun bagi pub dan disko masih tidak dibenarkan untuk beroperasi,” ujar beliau.

Beliau turut memaklumkan SOP Am yang telah ditetapkan antaranya ialah :

i) Muat turun aplikasi MySejahtera bagi proses pendaftaran

ii) Saringan suhu badan

iii) Menghadkan jumlah pengunjung berdasarkan saiz premis & penjarakan sosial

iv) Penjualan tiket atas talian adalah digalakkan

v) Pembersihan dan disinfeksi secara berskala

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply