Kerajaan benar KRT buat rondaan SRS di kawasan masing-masing

0

Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) membuat permohonan untuk mengadakan rondaan di bawah Skim Rondaan Sukarela (SRS) di kawasan masing-masing.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata setelah membuat perbincangan, pihak kerajaan bersetuju dengan permohonan daripada jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan meminta Kementerian Perpaduan Negara menyediakan SOP KRT melaksanakan rondaan SRS bagi memastikan ianya mematuhi protokol kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tambah beliau, pihak kerajaan bersetuju penglibatan KRT kerana ianya salah satu program untuk memperkasakan komuniti setempat (Community Empowerment) dan mengalu-alukan orang ramai dalam membantu kerajaan melakukan rondaan bagi memantau pematuhan SOP.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply