Kerajaan benar aktiviti penggambaran sepanjang tempoh PKPB

0

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pihak kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan aktiviti penggambaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Walaubagaimanapun, tarikh kebenaran untuk permulaan penggambaran adalah selepas perayaan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan perlu mematuhi Standard Operation Procedures (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tambahnya, beliau dimaklumkan oleh pihak MKN, meskipun penggambaran dibenarkan selepas sambutan Aidilfitri namun banyak persediaan perlu dilengkapkan oleh syarikat penggambaran dan boleh memulakan penggambaran pada penghujung bulan Jun.

Antara SOP yang perlu dipatuhi oleh pihak produksi adalah:

1- Melakukan mesyuarat dan uji bakat secara dlm talian (online)

2- Mengemukakan rekod perjalanan semua tenaga produksi dan juga artis bagi tempoh 4 minggu sebelum penggambaran

3- memastikan tidak lebih daripada 20 orang (jumlah keseluruhan termasuk artis dan krew) yang terlibat dalam setiap sesi penggambaran.

Syarikat produksi juga perlu melantik seorang penyelia keselamatan bagi memastikan pematuhan SOP di semua peringkat produksi.

Perkhidmatan buffet bagi petugas dan artis adalah tidak dibenarkan sama sekali dan makanan perlu dihidangkan secara pek individu (tapau).

Jurusolek (Make Up Artist) dan penata rias perlu menggunakan face shield serta memastikan mencuci tangan sebelum dan
selepas menyolek dan menata rias setiap artis serta juga harus menjaga penjarakkan sosial yang ditetapkan.

Penggambaran atau rakaman Centre Stage dan persembahan secara langsung (live performance) yang melibatkan tontotan ramai (live studio audience) masih tidak dibenarkan.

Hanya tiga perkara utama yang dibenarkan setakat ini melibatkan penggambaran filem, penggambaran drama dan juga penggambaran pengiklanan.

Bagi persembahan teater dan sebagainya masih belum dibenarkan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply