Kerajaan bagi kelonggaran khas bagi program Road To Tokyo 2020

0

Mesyuarat Khas Menteri Kabinet hari ini bersetuju memberi kelonggaran bagi persiapan program Road To Tokyo 2020 yang melibatkan 265 individu termasuk 57 atlet bagi persiapan dan sesi latihan untuk Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik di Tokyo, Jepun.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sesi latihan ini akan dijalankan di tiga Kem Latihan Berpusat yang telah ditetapkan.

“Di setiap kem akan dipisahkan kepada beberapa individu iaitu 181 orang di Kompleks Sukan Bukit Jalil, 56 orang di tempatkan di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara dan 28 lagi di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Langkawi.

“Fasa pertama ujian saringan COVID-19 akan dilakukan kepada semua yang terlibat sewaktu hari pendaftaran.

“Menerusi kem ini Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menggunakan pendekatan kuarantin selama 30 hari yang akan bermula pada 1 Jun hingga 30 Jun depan

“Ini bermakna selepas mereka masuk ke dalam pusat latihan mereka tidak dibenarkan keluar sesuka hati,” ujar beliau.

Tambahnya, setelah tamat latihan mereka akan menjalani ujian saringan sekali lagi serta sewaktu latihan pula penjarakkan sosial tetap dilaksanakan.

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN OLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKANOLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Senin, 18 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply