Kerajaan Aceh tubuh pasukan sebat wanita

0

Kerajaan Aceh melaksanakan hukuman sebat bagi wanita yang melakukan kesalahan dan melanggar undang-undang agama islam.

Bagi wanita yang melakukan jenayah moral seperti berjudi, berzina, minum arak dan melakukan hubungan songsang serta hubungan seks luar nikah akan disebat di khalayak ramai.

Tidak seperti negeri lain di Indonesia, Aceh merupakan sebuah bandar yang berpegang teguh pada undang-undang islam, berikutan itu kerajaan Aceh menubuhkan pasukan sebat wanita terhadap individu yang bersalah.

Penguatkuasaan Aceh dilaporkan berusaha mematuhi undang-undang Islam bagi menetapkan tugas melaksanakan hukuman kepada pesalah wanita dipertanggungjawabkan oleh wanita.

Lapan wanita yang terdiri daripada Pegawai Shariah dilaporkan bersetuju untuk menjadi tukang sebat wanita dan akan diberikan latihan dan teknik yang betul bagi meminimumkan kecederaan. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply