Keputusan lanjut tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tidak dibuat dengan mudah – KJ

0

Berhubung keputusan kerajaan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan Perdana Menteri kelmarin, Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, Khairy Jamaluddin tampil memberi kenyataan di laman Twitter rasmi miliknya.

Menurutnya, keputusan yang dilakukan ini bukan mudah.

“Benar, sudah pasti keputusan tersebut akan membebankan rakyat namun apabila ianya mengaitkan dengan segala fakta kesihatan, sains dan epidemiologi, ianya harus dilanjutkan untuk meratakan lengkung jangkitan atau rantaian wabak berkenaan,” ujarnya.

Tambahnya, jika tempoh PKP ditamatkan terlalu awal, segala pengorbanan rakyat selama dua minggu di rumah menjadi sia-sia wabak ini belum pulih sepenuhnya.

“Pihak berkuasa sedang berperang dengan musuh yang tidak dapat dilihat dan di zaman perangi wabak COVID-19 ini memerlukan pengorbanan yang luar biasa.

“Sekiranya lengkung jangkitan tidak dapat diratakan mungkin kita tidak cukup peralatan kesihatan seperti ventilator & katil ICU untuk merawat pesakit”, ujarnya.

Dalam pada itu beliau berkata Perdana Menteri akan mengumumkan beberapa lagi langkah tambahan untuk membantu ekonomi rakyat pada 27 Mac (Jumaat).

Ini kerana pihak kerajaan sedar, krisis COVID-19 ini telah menjejaskan pendapatan rakyat dan mereka akan melakukan yang terbaik untuk membantu ekonomi rakyat pada waktu yang genting ini.

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply