Keprihatinan anggota polis menghulurkan bantuan, sentuh hati netizen

0

Perkongsian seorang pemilik akaun Facebook, Ahmad Faiz telah membuka pandangan positif terhadap keprihatinan pihak polis, apabila anggota polis dari IPD Cheras membantunya setelah hampir satu jam terkandas di lebuh raya.

Menurut Faiz, kenderaannya mengalami kerosakkan di Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban.

Video yang berdurasi 0.40 saat itu, Faiz memberitahu sudah lama menunggu perkhidmatan trak tunda datang membantu.

Tidak lama kemudian dua anggota polis datang dan bertanya tentang kenderaannya.

Faiz turut berterima kasih kepada anggota polis yang membantu dan turut memberi makanan dan minuman sementara menunggu kejadiran trak tunda.

“Terima kasih kepada skuad IPD Cheras(KL312) membantu kami tersadai di tepi highway. Datang membantu dalam cuaca yang panas. Kami menunggu ketibaan trak tunda selama empat jam sehinggalah wira negara ini datang membantu.

‚ÄúTahniah diucapkan kepada Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Kuala Lumpur kerana mempunyai anggota yang berjiwa rakyat.”

“Bagi air n bekalan lagi. Terima kasih abg2 polis. Sangat ramah dan ambil peduli. Cheras Story. #ipdcheras #pdrm #cherasstory” tulis Faiz bersama video tersebut.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2879168228813977&id=100001624853109

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply