Kepimpinan baharu akan bawa KDN ke arah mutu perkhidmatan cemerlang dan efisien – Ketua Polis Negara

0

Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Abdul Hamid Bador dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan barisan kempimpinan tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang baharu.

Sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin pada 9 Mac lalu, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri yang baharu bersama timbalannya, Dato’ Sri Ismail Mohamed Said dan Jonathan Yasin.

Sehubungan itu, Tan Sri Abdul Hamid berharap agar kepimpinan baharu ini akan membawa KDN dan semua jabatan di bawahnya ke arah mutu perkhidmatan yang lebih cemerlang serta efisien kepada masyarakat.

“PDRM akan terus kekal komited memikul amanah yang dipertanggungjawabkan.

“Ini adalah termasuk dalam menjaga keharmonian dan kesejahteraan masyarakat bagi mengekalkan keselamatan serta kedaulatan negara di bawah kepimpinan KDN,” katanya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply