[Video] Kenyataan penuh Dato’ Seri Mohd Najib Razak dan peguam berhubung pendedahan rakaman audio perbualan oleh SPRM

0

Bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Razak berkata beliau memerlukan masa untuk menyemak kandungan rakaman audio perbualan yang mengaitkan dirinya dengan
konspirasi jenayah tertinggi.

“Saya terkejut. Saya nak semak dulu. Saya belum semak lagi.

“Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah saya akan bincangkannya dengan peguam saya,” katanya ketika ditemui di kompleks mahkamah di Kuala Lumpur.

Dato’ Seri Mohd Najib turut mempersoalkan mengapa rakaman audio itu didedahkan semasa kempen pilihan raya kecil Kimanis di Sabah sedang berlangsung.

Ditanya sama ada rakaman audio mungkin melalui pemintasan panggilan telefon, Dato’ Seri Mohd Najin berkata beliau perlu mengkaji undang-undang mengenai perkara itu.

“Saya perlu kaji undang-undang mengenai perkara ini dan lihat apa yang boleh saya lakukan kerana, pada masa itu (perbualan), saya adalah ketua kerajaan,” katanya.

Terdahulu SPRM telah memperdengarkan 9 set rakaman audio perbualan yang membabitkan bekas Perdana Menteri itu dan isteri serta figura-figura lain.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata SPRM dapat mengesahkan kesahihan mutlak rakaman yang tidak dikenalpasti itu. –THE MALAYA POST

*Subcribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply