Kenali wanita hebat yang berjuang untuk hak wanita Arab Saudi, Ameera Al-Taweel

0

Ameera seorang warga Saudi yang bukan dilahirkan sebagai keturunan raja tetapi makna di sebalik namanya telah menentukan takdirnya.

“Di negara saya mereka memanggil saya Ameera dan ia bermaksud puteri dan ironisnya kerana saya dilahirkan seorang gadis kelas biasa dan sekarang saya mempunyai dua nama yang terikat bersama”

Ameera Al-Taweel mempunyai kehidupan dan keturunan yang biasa tetapi semuanya berubah apabila dia bertemu dengan Putera Al-Waleed bin Talal.

Putera Al-Waleed adalah cucu kepada raja pertama dan pengasas Arab Saudi, Abdulaziz ‘Ibn Saud’ yang merupakan salah satu raja yang paling kaya dan berkuasa di dunia.

Walaupun pertemuan mereka cinta pandangan pertama namun mereka tidak berkahwin sehingga enam tahun kemudian.

Puteri Ameera sebelumnya tinggal di sebuah rumah sederhana berpindah ke istana yang mempunyai 200 buah bilik diliputi marmar, ia dikatakan mengambil masa setengah jam untuk berjalan menerokai ruang istana.

Telah terbukti Ameera sebagai seorang puteri dari awal bukan hanya menikmati kekayaan diraja Arab Saudi malah dia memutuskan untuk menggunakan kuasa untuk memerangi hak wanita.

Dia juga merupakan salah satu pasukan utama di belakang wanita Saudi yang dibenarkan memandu sehinggalah pada tahun 2018 hanya lelaki yang boleh memandu.

Dia juga bergabung dengan kerajaan diraja British dan Putera Charles rakan kongsinya mengasaskan Pusat Pengajian Islam di Cambridge University.

Malah, hubungannya dengan kerajaan diraja British begitu dekat sehingga dia dijemput ke majlis perkahwinan Kate Middleton dan Prince William.

Tetapi cara pemikirannya menyebabkan timbul banyak kontroversi di kalangan orang Arab konservatif.

Walaupun Putera Al-Waleed sentiasa menyokongnya perkahwinan mereka tidak bertahan lama dan berakhir dalam tempoh lima tahun.

Sebelum ini, abang kepada Putera Al-Waleed iaitu Putera Khalid dikatakan memberi amaran kepadanya mengenai komen Ameera kepada akhbar:

“Jika dia tidak berhenti, akan ada akibat buruk”

Tetapi tiada siapa yang boleh menghentikan dan menghalang prinsip puteri yang selalu mempertahankan pandangannya dengan bermaruah.

“Saya mahu menjadi seorang wanita seperti : Dia telah bercerai dan lihatlah kejayaan yang dia lakukan sekarang?”

Ameerah binti Aidan bin Nayef Al-Taweel Al-Otaibi merupakan seorang wanita yang bebas melakukan sesuatu yang baik untuk negaranya.

Pada 2018, Ameera dilaporkan berkahwin buat kali kedua dengan jutawan Emirat Khalifa bin Butti al Muhairi.

Khalifa merupakan pengerusi KBBO Group berpangkalan di Abu Dhabi yang menjalankan perniagaan dalam bidang penjagaan kesihatan, pertukaran wang dan runcit.

Perkahwinan itu diadakan di hadapan Menara Eiffel, Paris dan dihadiri oleh ramai tetamu selebriti seperti Oprah Winfrey dan Gayle King.

Kini, Ameera merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi syarikatnya sendiri selain aktif dalam berbagai kegiatan manusia serta sebagai selaku vokal menyuarakan hak-hak wanita.

Ameera tidak dilahirkan sebagai puteri tetapi kehidupan telah memberikan sesuatu yang lebih berharga daripada gelaran diraja: ‘Menjadi inspirasi untuk berjuta-juta wanita’.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply