Kenali Sindrom Kepala Datar pada bayi

0

Sindrom Kepala Rata berlaku hampir kepada 50% bayi.

Pada peringkat awal, tengkorak bayi masih lembut dan tulangnya masih belum bercantum sepenuhnya.

Oleh itu, ia boleh berubah bentuk bergantung pada keadaan posisi bayi dibaringkan.

Perkongsian di laman media sosial Facebook @Public Health Malaysia menyatakan terdapat beberapa tanda awal masalah ini.

Pertama, kelihatan kawasan yang rata di sisi atau belakang kepala. Daripada bulat, kepala mungkin kelihatan senget di kawasan tertentu.

Kedua, telinga yang tidak sekata. Keadaan kepala yang rata boleh menyebabkan telinga kelihatan tidak sejajar.

Ketiga, wujud kawasan botak di satu bahagian kepala.

Keadaan ini berlaku apabila bayi berada dalam posisi terbaring atau terlentang pada suatu tempoh yang terlalu lama.

Usah risau, ia tidak menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Namun mungkin akan timbul masalah kosmetik dan penampilan anak pada masa hadapan.

Buat panduan, ada tips pencegahan yang boleh diusahakan iaitu dengan cara mengubah posisi bayi secara berkala.

Alih kedudukan bayi kepada posisi mengiring. Ibu bapa boleh menggunakan gulungan kain untuk dijadikan benteng.

Anda juga boleh meletakkan bayi di atas perut ibu mahupun di atas ribaan.
Harus di ingat, kaedah ini hanya boleh dilakukan serta dipantau oleh ibu bapa atau mereka yang mahir.

Meniarapkan bayi baik untuk keselesaannya selain dapat mencegah kembung perut. Namun, pemantauan orang tua sangatlah penting.

Pada waktu lain, biarkan bayi tidur dalam keadaan terbaring utk mencegah bayi dari lemas (SIDS).

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2636477503308772&id=1712327752390423

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply