Kenali jenis jerawat sebelum bertindak

0

Ada beberapa jenis jerawat yang perlu anda kenalpasti sebelum bertindak mendapatkan produk atau rawatan kulit bersesuaian.

Pori-pori kulit mempunyai kelenjar minyak yang menghasilkan sejenis minyak dinamakan ‘sebum’.

Ia berfungsi melembabkan, melembutkan serta bertindak sebagai lapisan pelindung kulit.

Jerawat terjadi apabila kalenjar minyak menghasilkan sebum secara berlebihan.

Sebum inilah yang akan menyumbat pori-pori. Seterusnya, sejenis bekteria akan membiak dalam liang roma pada kulit anda.

Jom kita kenali jenis-jenis jerawat ini.

1. Pustula
Ia adalah nanah yang terbentuk akibat penyumbatan pori-pori yang seharusnya menjadi pintu keluar sebum tertutup akibat pengumpulan sel kulit mati.

2. Nodul
Kulit kelihatan kemerahan.

Ini terjadi akibat penyumbatan pori-pori, sel kulit mati, minyak berlebihan dan bakteria.

3. Cyst
Ianya lebih besar, keras, merah, terasa sakit dan juga gatal

Contohnya ialah jerawat batu.

4. Papula
Bentuk benjolan dibawah permukaan kulit.

Ia kemerahan tetapi tiada nanah atau mata. Apabila disentuh, akan terasa sakit.

5. Whitehead
Terjadi apabila lapisan tipis kulit menutupi pori-pori dengan sel kulit mati atau kotoran yang menciptakan gumpalan bulat berwarna putih pada kulit.

6. Blackhead
Biasanya muncul di sekitar hidung kerana pori-pori yang tersumbat dengan minyak berlebihan.

Nah, sekarang anda dah tahu jenis dan punca jerawat kan. Ia penting agar masalah dapat ditangani dari akar umbi seterusnya menjadi panduan dalam mengambil tindakan sewajarnya.

Paling penting, timba ilmu kecantikan dan kesihatan, jaga pemakanan dan kebersihan ya! Semoga bermanfaat. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply