Kenaikan harga makanan ternakan perlu dikaji – Ronald Kiandee

0

Susulan kenaikan harga ayam yang tinggi di pasaran dan membebankan pengguna.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata satu kajian perlu diadakan bagi menangani kenaikan harga produk makanan haiwan ternakan terbabit.

Ini kerana katanya ada beberapa faktor logistik menyebabkan kenaikan harga ayam seperti komponen makanan dan benih ayam.

“Pada masa ini, harga dedak, soya dan jagung di pasaran dunia meningkat sehingga mempengaruhi harga jualan yang tinggi di negara ini, sekali gus menyebabkan kenaikan harga jualan ayam di pasaran,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pengumuman Agihan Dana Peladang Kebangsaan 2020 di kementeriannya, hari ini.

Katanya walaupun isu kenaikan harga ayam bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), pihaknya bersetuju sekiranya ada keseimbangan di antara kos pengeluaran produk makanan dan pengguna.

“Masalah kenaikan harga ayam membabitkan kepentingan semua pihak yang perlu diambil kira termasuk pengguna dan pihak industri,” katanya. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply