Kemuka permohonan kepada CITF jika mahu dapatkan vaksin COVID-19 awal – Adham Baba

0

Mana-mana individu yang mahu menjadi golongan lebih awal untuk menerima vaksin COVID-19 termasuk pengamal media boleh mengemukakan permohonan kepada Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF).

Demikian kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Ujarnya Kementerian Kesihatan (KKM) buat masa ini belum menerima sebarang senarai maklumat daripada pihak media dan sekiranya ada permohonan, KKM akan mengemukakannya kepada CITF untuk tindakan lanjut.

Lapor Bernama, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah disusun secara sistematik mengikut fasa yang ditetapkan, manakala permohonan untuk menerima vaksin awal akan dilakukan berdasarkan metrik dan kaedah tertentu oleh CITF.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Semenanjung Malaysia yang meminta penjelasan kerajaan dalam isu pemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada pengamal media.

Ia berikutan laporan yang mendakwa kakitangan sebuah organisasi media sudah menerima vaksin.

Sebelum ini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan YB Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata kerajaan telah bersetuju meletakkan pengamal media dalam senarai keutamaan menerima vaksin COVID-19, tertakluk kepada bekalan vaksin mencukupi.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply