Kemerduan suara persis penyanyi lagu Kuch-Kuch Hota Hai, Alka Yagnik buat netizen tergamam!

0

Perkongsian video nyanyian lagu ‘Kuch-kuch Hota Hai’ dari gadis berbangsa India yang dikenali sebagai @Roshini_balachandran menjadi tular apabila nyanyiannya persis suara penyanyi asal lagu berkenaan, Alka Yagnik.

Perkongsian yang dimuat naik oleh @najiaaaxx di laman Twitter miliknya, mendapat respon positif dari netizen yang rata-rata tergamam dengan lontaran suara rakannya itu yang kini menetap di Butterworth Pulau Pinang.

Dek kerana tidak jemu mendengar kemerduan suara Roshini, ada yang meminta gadis berkenaan menyanyikan lagu-lagu hindustan popular yang lain.

Mengimbau kembali kejayaan filem pecah panggung Bollywood ‘Kuch-Kuch Hota Hai’ yang dilakonkan oleh tiga nama besar industri perfileman Bollywood antaranya Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukherjee menjadi kegilaan ramai peminat filem Hindustan suatu ketika dahulu dan berjaya meraih kutipan kasar tertinggi pada tahun 1998 serta berjaya merangkul sebagai Filem dan Pengarah Terbaik di Anugerah Filmfare.

Dendangan lagu duet yang dinyanyikan oleh Alka Yagnik bersama Udit Narayan berjaya meninggalkan kesan mendalam di hati penonton dan masih kekal diminati sehingga kini.

Leave a Reply