Kementerian Pendidikan siasat Negaraku dinyanyikan dalam bahasa Mandarin

0

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan menyiasat rakaman video memaparkan murid sebuah sekolah menyanyikan lagu Negaraku yang diubah ke bahasa Mandarin.

Kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini, menegaskan siasatan terperinci dijalankan kerana kejadian itu didakwa berlaku di beberapa sekolah lain.

“Kementerian Pendidikan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba melanggar peraturan membabitkan Perlembagaan Persekutuan sama ada secara sengaja atau sebaliknya,” katanya.

Baru-baru ini tular rakaman video selama satu minit 23 saat memaparkan murid dalam sebuah kelas menyanyikan lagu Negaraku yang mana liriknya diubah ke bahasa Mandarin.

Bagaimanapun, lokasi sekolah terbabit tidak diketahui.

Leave a Reply