Kementerian Luar Negeri pertimbang syor Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan dan Perdagangan Antarabangsa

0

Kementerian Luar Negeri akan meneliti secara terperinci Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan dan Perdagangan Antarabangsa yang telah diedarkan kepada Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Rakyat semalam (2 November).

Menerusi kenyataan media, Timbalan Menteri Luar Negeri, Dato’ Kamaruddin Jaffar menjelaskan selaras dengan dasar Kerajaan yang komited menyokong Palestin, Kementerian Luar Negeri akan membuat pertimbangan serius terhadap syor-syor yang dikemukakan dalam Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut.

“Kementerian ini juga akan menyelaras tindakan susulan yang perlu dengan melibatkan kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan memandangkan syor-syor tersebut turut meliputi perkara-perkara di bawah bidangkuasa mereka’, katanya.

“Pendirian Malaysia amat jelas, iaitu terus konsisten menyokong pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat melalui Penyelesaian Dua Negara (Two-State Solution)

berdasarkan garis sempadan pra-1967 dengan Baitul Maqdis sebagai ibukota negara terbabit, selaras dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” tambahnya.

Dalam konteks ini tambah beliau, Kementerian Luar Negeri akan terus mengetengahkan pendirian Kerajaan Malaysia dan menyokong usaha jujur, konkrit dan realistik demi membantu Palestin serta mengukuhkan hubungan dua-hala Malaysia dan Palestin.

Kementerian Luar Negeri dalam pada itu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan dan Perdagangan Antarabangsa kerana telah menjemput wakil-wakil Kementerian untuk memberi taklimat semasa Mesyuarat Jawatankuasa pada 7 Februari tahu hadapan mengenai hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Palestin, serta inisiatif-inisiatif Malaysia bagi membantu rakyat Palestin dan mendokong perjuangan mereka.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply