Kemenangan BN adalah kemenangan rakyat – Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob

0

Naib Presiden UMNO Malaysia , Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan penghargaan dan mengucapkan tahniah kepada calon BN, Mohd Sharim Md Zain di atas kemenangan yang diperolehi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Terima Kasih Kepada Pengundi, Sekalung Penghargaan Kepada Jentera!Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi, kita meraih…

Posted by Ismail Sabri Yaakob on Saturday, 4 July 2020

“Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi, kita meraih kemenangan besar di PRK Chini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang telah memberikan kemenangan yang besar dan bergaya kepada BN pada PRK DUN Chini kali ini.

“Penghargaan jua kepada seluruh jentera BN pelbagai peringkat yang membantu sepanjang tempoh kempen berlangsung,” tulis beliau di laman Facebook semalam.

Kita menang! Kemenangan BN adalah kemenangan rakyat. Tahniah diucapkan kepada Calon Barisan Nasional, Mohd Sharim Md…

Posted by Ismail Sabri Yaakob on Saturday, 4 July 2020

Dalam kenyataan yang dimuat naik, beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS selaku rakan Muafakat Nasional begitu juga daripada rakan-rakan (PPBM) yang turut membantu.

Kata beliau kemenangan bermakna ini memberi bukti jelas bahawa rakyat terus bersama BN dalam merealisasikan kemajuan dan aspirasi rakyat.

Sepanjang PRK Chini, Pekan Pahang.Semoga BN menang besar.

Posted by Ismail Sabri Yaakob on Saturday, 4 July 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply