Kembang tekak! Tidak pakai sarung tangan, susun roti tidak dibungkus dalam kereta undang rasa jijik ramai

0

Isu kebersihan dalam penyediaan makanan tidak boleh dipandang enteng.

Ia perlu bagi menjamin kualiti disamping mengelak terjadinya perkara tidak diingini seperti keracunan makanan.

Viral di laman media sosial Facebook, video memperlihatkan beberapa orang lelaki dipercayai pembekal roti sedang memasukkan bekalan roti mereka ke dalam sebuah kenderaan.

Namun, apa yang tidak kena dengan aktiviti mereka ialah roti tersebut tidak dibungkus sepertimana kebiasaan yang kita lihat ketika membelinya.

Ruangan kenderaan pula tidak kelihatan bekas untuk memasukkan roti mahu pun dialas sebelum meletakkan bekalan roti tersebut!

Pekerja juga tidak mengikut piawaian penyediaan makanan seperti memakai sarung tangan dan apron ketika bertugas.

Admin harap roti tersebut adalah sajian untuk mereka saja. Jika ia dibekalkan kepada peruncit dan tempat makan, hmmm entahlah… 😑

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

https://www.facebook.com/100001482260613/posts/3680042952055077/

Leave a Reply