Kemasukan pelajar ke IPT, menteri mohon pendapat, maklum balas semua pihak sebelum laksana dasar

0

Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Dr Noraini Ahmad memohon pendapat dan maklumbalas ibu bapa, mahasiswa dan pensyarah berkenaan dengan kemasukan pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang sepatutnya bermula pada semester baru Mac ini sebelum bertindak melaksanakannya.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook peribadinya, beliau memaklumkan ini adalah berdasarkan keadaan semasa kes positif jangkitan pandemik COVID-19 harian masih kekal dengan empat angka dan pada masa yang sama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga sedang dilaksanakan di seluruh negara kecuali di Sarawak.

Untuk rekod, lima kategori pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang dibenarkan kembali ke kampus secara berperingkat bagi meneruskan pembelajaran masing-masing iaitu :

1. Pelajar Pasca – Siswazah mod penyelidikan di Universiti Awam (UA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang sedang menjalankan pengajian.

2. Pelajar Semester / Tahun Akhir bagi pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

3. Pelajar Semester / Tahun Akhir yang tidak mempunyai akses internet.

4. Pelajar berkeperluan khas (OKU) yang mengikuti program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Politeknik dan Kolej Komuniti dan

5. Pelajar kemasukan baharu bagi sesi akademik 2020 / 2021 di semua UA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti.

Menurut beliau, pihak kementerian telah mengadakan beberapa libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan sebelum ini berhubung pengoperasian IPT bermula awal Mac depan.

“Sekiranya anda sudi berkongsi hasrat dan suara hati anda berkenaan perkara ini, boleh nyatakan diruangkan komen.

“InshaAllah saya di pihak KPT akan cuba untuk mengambil perhatian akan segala maklum balas daripada anda semua agar keputusan yang terbaik dapat diambil untuk semua pihak,” ujar beliau.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply