Kem pendatang Vathy di Pulau Samos, terbakar, tiada kemalangan jiwa dilaporkan

0

Lima jentera bomba digunakan untuk memadamkan kebakaran.

Beberapa pelarian termasuk kanak-kanak dilihat menangis ketika dibawa berkumpul di kawasan letak kereta berdekatan kem terbabit.

“Mereka yang berada di dalam kem tidak berada dalam keadaan bahaya berikutan kebakaran membabitkan gudang terbengkalai di bahagian barat kem,” menurut kenyataan kementerian itu.

Kem yang akan ditutup hujung bulan ini masih menempatkan kira-kira 300 orang yang sedang menunggu untuk dipindahkan ke kem baharu.

Kem baru dibuka Sabtu lalu oleh Menteri Imigresen, Notis Mitarachi antara lima kem pelarian yang mendapat bantahan kumpulan hak asasi manusia berikutan kawalan akses keluar masuk yang ketat.

Kawat duri memagari seluruh kawasan berkeluasan 12,000 meter persegi yang antara lain dilengkapi kamera pemantauan, pengimbas sinar X dan pintu magnetik.

Ia turut menempatkan pusat tahanan pendatang dan pencari suaka yang sudah ditolak dan akan dihantar kembali ke Turki.

Setahun lalu, kem yang penuh sesak di Moria, di pulau berdekatan Lesbos terbakar dalam dua kebakaran menyebabkan 13,000 orang tanpa tempat berlindung selama beberapa hari.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply