Kem As Sakinah, di Idlib, Syria telah dibina hasil sumbangan daripada rakyat Malaysia

0

Kem As Sakinah, di As Sahil, Idlib, Syria telah dibina hasil sumbangan daripada rakyat Malaysia melalui Tabung Kecemasan Idlib oleh Syria Care yang dilancarkan pada Februari lalu.

50 khemah telah didirikan bagi menempatkan pelarian yang sebelum ini berselerak, menumpang dengan berasak – asak dalam satu khemah berlindung di celah batu dan bawah pokok.

Segalanya daif!

Meskipun mempunyai tempat untuk berteduh, penyediaan keperluan harian mereka menjadi satu cabaran kerana pelarian yang tiba tidak mempunyai sebarang sumber pencarian dan kini terpaksa bergantung penuh dengan ihsan dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Laporan Razali Awang, Syria Care untuk The Malaya Post.

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply