Sunday, April 21, 2024
Home BERITA Keluar parti setelah tewas pemilihan parti – Hamzah Zainuddin

Keluar parti setelah tewas pemilihan parti – Hamzah Zainuddin

0

Tindakan bekas Ketua Bahagian Putrajaya memohon untuk kembali menyertai UMNO tidak menjejaskan BERSATU Putrajaya.

Menurut Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, ini kerana beliau telahpun meletakkan jawatannya dan keluar parti pada 10 Oktober tahun lalu (2020) setelah tewas dalam pemilihan parti bagi jawatan Naib Presiden BERSATU.

“Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menegaskan bahawa akar umbi dan kepimpinan BERSATU Bahagian Putrajaya sentiasa berada dalam keadaan kukuh dan utuh.

“Tindakan bekas Ketua Bahagian Putrajaya memohon untuk kembali menyertai UMNO tidak menjejaskan BERSATU Putrajaya kerana beliau telahpun meletakkan jawatannya dan keluar parti pada 10 Oktober tahun lalu (2020) setelah tewas dalam pemilihan parti bagi jawatan Naib Presiden BERSATU”, katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaya Post.

Ujar Datuk Seri Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri, dalam tempoh peletakan jawatan beliau, akar umbi BERSATU Bahagian Putrajaya terus diperkukuhkan di bawah kepimpinan pemangku Ketua Bahagian yang juga Timbalan Ketua Bahagian Putrajaya, Tuan Fathul Azam Hashim melalui penubuhan cawangan dan pendaftaran keahlian BERSATU yang baharu.

“BERSATU menegaskan bahawa kepimpinan dan akar umbi BERSATU di semua peringkat sentiasa cekal dan istiqamah menghayati perjuangan parti dan tidak berlandaskan hanya kepada sokongan terhadap seseorang individu”, katanya.

Semalam seramai 120 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Putrajaya keluar daripada parti itu dan kembali menyertai UMNO.

Bekas Ketua Bersatu Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Erwan Mohd Tahir, yang mengumumkan perkara itu berkata, selain beliau sendiri, antara mereka adalah kepimpinan tertinggi bahagian termasuk naib ketua dan setiausaha bahagian.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply