Kelahiran cahaya mata pertama Tunku Tun Aminah

0

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah berkenan berangkat ke majlis Berandam Surai anakanda puteri YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim dan Dato’ Dennis Muhammad Abdullah.

Majlis berkenaan selamat dijalankan di Istana Bukit Serene, Johor Bahru semalam.

Turut berangkat sama, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YAM Che’ Puan Khaleeda Bustamam.

Paduka-paduka anakanda serta Kerabat DiRaja Johor juga turut serta di majlis terbabit.

Majlis diserikan dengan kehadiran anakanda puteri YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim dan Dato’ Dennis Muhammad Abdullah yang dibawa masuk sebelum Majlis Pitong Jambul dimulakan.

Majlis Potong Jambul dimulakan oleh Tuanku Sultan Johor serta Permaisuri Johor sambil diiringi selawat Nabi, diikuti paduka-paduka anakanda.

View this post on Instagram

MAJLIS BERANDAM SURAI ANAKANDA YAM TUNKU TUN AMINAH DAN DATO' DENNIS MUHAMMAD ABDULLAH DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah berkenan berangkat ke majlis Berandam Surai anakanda puteri YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim dan Dato' Dennis Muhammad Abdullah, hari ini (4 Mac). Berangkat sama, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YAM Che' Puan Khaleeda Binti Bustamam. Turut berangkat paduka-paduka anakanda serta Kerabat DiRaja Johor. Majlis Potong Jambul dimulakan oleh Tuanku Sultan Johor serta Permaisuri Johor sambil diiringi selawat Nabi, diikuti paduka-paduka anakanda. #sultanjohor #royalpressoffice #johor

A post shared by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (@officialsultanibrahim) on

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply