Kekosongan luar jangka bagi Parlimen P.176 Kimanis, SPR akan mengadakan pilihan raya semula dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan – YDP Dewan Rakyat

0

Yang Dipertua Dewan Rakyat hari ini mengesahkan telah menerima satu surat daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, SPR bertarikh 9 Disember 2019 yang memaklumkan telah berlaku kekosongan luar jangka bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen P. 176 Kimanis.

Kekosongan bermula pada 10 Disember 2019.

Perkara itu dinyatakan Tan Sri Mohamad Arif Md Yusof dalam satu kenyataan medianya sebentar tadi.

Katanya perkara ini selaras dengan perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Ini berikutan pihak SPR telah menerima Perakuan Mahkamah Persekutuan menurut seksyen 36 (3) (a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 telah mengisytiharkan bahawa keputusan pilihanraya umum bagi Bahagian Parlimen P. 176 Kimanis yang disandang oleh Dato Anifah Aman pada 9 Mei 2018 lalu adalah tidak sah dan terbatal.

Sehubungan itu pihak SPR akan mengadakan satu pilihan raya bagi mengisi kekosongan terbabit dalam tempoh 60 hari dari tempoh kekosongan berkenaan.

Leave a Reply