Kejam!!! Viral rakaman video guru campak, halau murid tadika

0

Allahuakbar! Urut dada admin melihat video perlakuan seorang pendidik ‘mencampak’ dan menghalau anak muridnya ketika sesi pembelajaran di sebuah premis pra sekolah.

Menerusi perkongsian diplatform instagram @jom_dakwah itu, dapat disaksikan salah seorang daripada pendidik itu hilang sabar dan hilang pertimbangan lalu bertindak kasar ke anak muridnya disaksikan pelajar lain.

Allahu.. sebaknya melihat kejadian sebeginu apatah lagi melibatkan kanak-kanak.

Bukankah anak kecil ini masih dalam proses pembelajaran?

Dimanakah hilangnya sifat sabar dan kasih guru ini? Bukankah kesabaran itu sebahagian dari iman? Atau senipis kulit bawang sajakah sifat pendidik yang wujud dalam dirinya?

Tidak berniat menjatuhkan maruah dan martabat para pendidik yang sangat dihargai, namun diharapkan pihak berwajib berhati-hati dan sentiasa mengambil tahu bukan sahaja perkembangan pelajar, malahan para guru juga.

Ini penting kerana mereka inilah yang akan mencorak masa depan anak-anak harapan keluarga, bangsa dan negara.

Usahlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Mohon pihak berkuasa siasat perkara ini segera.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply