Dikritik kerana bersikap tidak adil kepada rakyat Palestin, Kedutaan AS nyatakan kekecewaan terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad

0

Kedutaan Amerika Syarikat (AS) menyatakan kekecewaan di atas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menggesa agar Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meletak jawatan serta  tidak memperlihatkan semangat berdialog.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kedutaan AS berkenaan, mereka menyatakan kenyataan Tun Dr. Mahathir berkenaan bertentangan dengan semangat dialog yang telah lama menjadi asas perhubungan di antara AS dan Malaysia.

“Kami kecewa dengan komen Perdana Menteri Mahathir mengenai Presiden Trump.

“Kenyataan Perdana Menteri mengatakan ia bukan semangat dialog yang membina yang telah lama menjadi asas kepada hubungan AS dan Malaysia.

“Sepanjang sejarah Malaysia, perkongsian AS dan Malaysia telah membuahkan hasil yang penting di serantau dan peringkat global kerana kami telah bekerjasama dalam pelbagai isu termasuk, keselamatan, perdagangan, pendidikan, kesihatan awam dan alam sekitar,” menurut kenyataan terbabit.

Terdahulu, dilaporkan Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan pandangan pelan damai Timur Tengah yang dikenali sebagai ‘Deal of the Century’ adalah tidak adil terhadap rakyat Palestin dan akan menimbulkan lebih banyak konflik di rantau berkenaan.

-THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply