Kedai Runcit bergerak berkonsepkan “foodtruck” boleh diperluaskan – Rosol Wahid

0

Kedai runcit bergerak berkonsepkan “Foodtruck” dilihat sangat sesuai dan wajar diperluaskan ke seluruh Malaysia.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Rosol Wahid berkata konsep sebegini sangat menarik dan ia dilihat mampu memudahkan pengguna atau pelanggan untuk membeli keperluan harian secara terus mahupun online.

Tambah beliau selain barangan runcit, peniaga “foodtruck” juga boleh menilai kesesuaian untuk menjual barangan basah seperti ikan, sotong, buah-buahan dan sayur-sayuran menggunakan konsep sebegini.

“Inisiatif yang sangat baik yang boleh diperluaskan pelaksanaannya untuk  membantu rakyat terutama ketika situasi ekonomi negara serba mencabar lantaran pandemik COVID-19 dan bencana banjir yg teruk di beberapa negeri baru-baru ini” katanya ketika diminta mengulas idea konsep kedai runcit berkonsepkan “foodtruck” milik Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato’ Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

“Terima kasih sahabat saya, YB Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato’ Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang membawakan kedai runcit bergerak ini hari ini. Beliau telah melaksanakan projek jualan ekonomi ini di kawasan Parlimen Bukit Gantang.

“InsyaAllah, kita sentiasa berusaha mencari ruang untuk membantu rakyat sedaya mungkin dan saya juga nak cuba bawa kedai runcit bergerak ni ke Hulu Terengganu”, katanya kepada The Malaya Post.

Terdahulu Dato’ Rosol sempat meninjau operasi kedai runcit bergerak yang berkonsepkan foodtruck yang menawarkan potongan harga barangan keperluan harian sehingga 30 peratus di lobi Anjung Seri Ibu Pejabat KPDNHEP, Putrajaya.

Untuk rekod, setakat ini kebanyakan “foodtruck” sedia ada banyak menjual makanan panas dan segera. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply