Kedai gunting rambut atau salun dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam mulai esok

0

Mulai esok, kedai gunting rambut atau salun dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam bermula 5 Febuari ini dengan SOP yang ketat.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang medianya hari ini.

Tambah beliau kerajaan menerima banyak rayuan daripada orang ramai termasuk para peniaga khususnya yang terlibat dalam peniagaan mikro yang mahukan beberapa lagi sektor perniagaan dibenarkan beroperasi.

“Seperti yang saya jelaskan bahawa MKN bersama KKM dan kementerian-kementerian berkaitan, sentiasa meneliti rayuan-rayuan tersebut.

“Setelah membuat penilaian risiko dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk membenarkan beberapa lagi sektor perniagaan terutama yang melibatkan perniagaan mikro beroperasi dengan SOP yang ketat.

“Kedai gunting rambut/ salun dibenarkan beroperasi sehingga jam 10.00 malam berkuatkuasa 5 Februari 2021”, katanya.

Jelas beliau hanya perkhidmatan gunting rambut sahaja dibenarkan.

Perkhidmatan facial dan lain-lain masih tidak dibenarkan.

SOP kedai gunting rambut adalah seperti berikut:

▪︎Memakai pelindung muka (face shield)

▪︎Memakai apron (perlu ditukar untuk setiap pelanggan baru)

▪︎Memakai sarung tangan (perlu ditukar untuk setiap pelanggan
baru)

▪︎Gunting dan sikat dibersihkan menggunakan air panas

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply