Kedah mohon PKPD secara pentadbiran di empat mukim

0

Kerajaan negeri Kedah membuat permohonan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) secara pentadbiran (TEMCO).

Antara lokasi permohonan dilaksanakan TEMCO adalah di :

i) Radius 1 kilometer daripada Restoran Nasi Kandar Salleh,

ii) Pekan Napoh (Mukim Hosba, Kubang Pasu),

iii) Kampung Pida, Satu Megat Dewa, (Mukim Ah, Kubang Pasu)

iv) Kampung Bendang Dalam (Mukim Binjal, Kubang Pasu)

v) Kampung Ulu, Padang Sanai (Padang Terap)

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan ahli Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP meluluskan permohonan kerajaan negeri terbabit melaksanakan PKPD secara pentadbiran di kawasan-kawasan berkenaan.

Pelaksanan PKPD bakal diadakan bermula 3 Ogos sehingga 30 Ogos depan.

Pelaksanaan PKPD secara pentadbiran ini juga akan mengguna pakai SOP sedia ada, termasuk penambahan sekatan jalan raya di setiap laluan keluar masuk dan penutupan beberapa jalan utama sekitarnya.

SIDANG MEDIA KHAS : PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) 3 OGOS 2020

Dikirim oleh Kementerian Pertahanan Malaysia pada Senin, 03 Agustus 2020

Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga akan membuat ujian saringan keatas kira-kira 7,000 penduduk di kawasan yang terlibat.

Selain itu, kawasan masjid dan rumah ibadat di dalam kawasan turut ditutup bagi aktiviti keagamaan dan ianya juga termasuk juga dengan Solat Jumaat.

Manakala bagi solat berjemaah pula, hanya dibenarkan serama tiga orang jemaah sahaja untuk melaksanakan Solat Jemaah di masjid terbabit.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply