Kebenaran kehadiran penonton atau penyokong ke venue sukan dan rekreaksi ditangguh

0

Kebenaran kehadiran penonton atau penyokong ke venue sukan dan rekreaksi di kawasan fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) ditangguh sementara.

Penangguhan itu bagi membolehkan perincian semula Protokol Am Pengurusan Penonton dan Penyokong dilaksanakan dengan mengambil kira penilaian risiko semasa.

Demikian kata Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi kenyataan pada Jumaat malam.

“KBS telah membentangkan cadangan kehadiran penonton/penyokong ke venue bagi pertimbangan kerajaan melibatkan kawasan di bawah PPN fasa dua dan tiga.

“Susulan itu, Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 Selasa dan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik pada Rabu memutuskan agar KBS memperincikan Protokol Am itu dengan penelitian terhadap beberapa aspek dengan mengambil kira input dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM),” menurut KBS.

Menurut kenyataan itu lagi, KBS amat komited bagi memastikan pembukaan semula sektor sukan dan rekreasi dilakukan dengan teliti seiring dengan keperluan kesihatan awam.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply