Kebal sangat ke cik kak tak pakai ‘face mask’, duduk rapat-rapat?

0

Ramai mempertikaikan kehadiran para tetamu di sebuah pertunjukan fesyen tidak mematuhi SOP seperti yang ditetapkan pihak berkuasa bagi penganjuran sesebuah majlis.

Melalui foto yang mula viral, kelihatan para tetamu majlis berkenaan tidak memakai topeng muka dan duduk berdekatan di antara satu sama lain.

Kira-kira seratus orang menghadiri pertunjukan fesyen Glorious Raya 2021 oleh jenama tempatan Leeyanarahman Collection di Glam Hall di Kuala Lumpur, beberapa di antaranya dilihat tanpa memakai topeng dalam siaran langsung dan foto yang bertebaran di laman media sosial.

Penonton fesyen ini tidak memakai topeng, apakah mereka kebal terhadap virus?

Terdahulu, kerajaan membenarkan acara pertunjukan fesyen dianjurkan walaupun perintah darurat kesihatan masih berjalan sehingga Ogos.

Sehubungan itu, pihak penganjur perlu meminta kebenaran dari pihak polis dan perlu memastikan tetamu berada menjaga penjarakan  sosial dan memakai topeng sepanjang masa.

Sehingga kini, negara merekodkan jumlah kes terkumpul COVID-19 sebanyak 338,168 kes dan 1,248 kematian.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply