Terkini!! SMK Taman Keramat terbakar

0

KUALA LUMPUR 7 Sept 2019 : Satu kebakaran telah berlaku membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat, SMKTK sebentar tadi.

Kebakaran berlaku dipercayai jam  9.55 malam ini di blok utama di tingkat 2 kelas pelajar SMKTK.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keramat, dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai.

Kebakaran berjaya dipadamkan 30 minit kemudian.

Setakat ini tiada mangsa terlibat dan unit siasatan Bomba Kuala Lumpur telah diarahkan ke lokasi bagi mengenal pasti punca kejadian.

 

Leave a Reply