KDN bertegas mengekalkan LTTE sebagai entiti keganasan – Tan Sri Muhyiddin Yassin

0

Dalam satu kenyataan rasmi Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan peguam negara yang menghentikan prosiding terhadap beberapa individu yang menyokong kumpulan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) telah dikeluarkan oleh.

Menurutnya, merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Peguam Negara berhubung keputusan menghentikan prosiding jenayah di mahkamah terhadap individu-individu yang menyokong kumpulan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) pada 21 Februari 2020.

Malah Peguam Negara juga turut menggesa beliau selaku Menteri Dalam Negeri supaya mengkaji semula kedudukan LTTE sebagai kumpulan pengganas.

Beliau menegaskan bahawa menurut seksyen 66B (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, Menteri Dalam Negeri berkuasa untuk menyenaraikan individu atau kumpulan yang terlibat dalam kegiatan keganasan sebagai Entiti Yang Ditentukan (specified entity).

Malah setiap penyenaraian entiti berkenaan adalah berdasarkan maklumat perisikan dan keselamatan terkini yang diterima daripada pihak berkuasa seperti PDRM dan lainlain agensi kawal selia atau pengawasan yang berkaitan.

Kerajaan Malaysia juga telah menyenaraikan LTTE sebagai kumpulan pengganas sejak 12 November 2014.

Tambahnya lagi, berdasarkan maklumat terkini yang diterima daripada pihak berkuasa, beliau selaku Menteri Dalam Negeri mempunyai asas yang kukuh untuk mengekalkan penyenaraian LTTE sebagai kumpulan pengganas kerana kumpulan ini dipercayai masih mempunyai ideologi yang boleh menimbulkan ancaman terhadap ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Justeru, adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk mengambil tindakan mengikut saluran undang-undang bagi membendung sebarang bentuk penyebaran ideologi dan kegiatan yang berkaitan dengan kumpulan ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menegaskan bahawa penyenaraian LTTE sebagai kumpulan pengganas adalah terlakluk kepada kuasa Menteri Dalam Negeri yang diperuntukkan oleh undang undang dan Peguam Negara tidak mempunyai apa-apa kuasa di bawah undang-undang untuk mencampuri urusan yang berada di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri.

Untuk rekod, selain Malaysia, beberapa buah negara lain turut mengisytiharkan dan mengekalkan LTTE sebagai kumpulan pengganas dalam senarai negara masing-masing antaranya ialah India, Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel Untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply